Monday, January 02, 2006

kewa

Nombor


Aku masih disini mengelamun sambil memerhatikan jalan raya kosong yang hanya dihiasi pohon-pohon rendang tak berbuah menutup sebahagian jalan dengan bayang-bayangnya hasil daripada pancaran matahari terik tengahari ini. Sungguh tak tertanding kuasa yang maha Esa.

Aku kilas pandangan kehalaman rumah melihatkan kenderaan yang selalu aku tunggang untuk kesekolah. Kenderaan itulah yang aku gunakan untuk berulang-alik dari sekolah ke rumah. Bukan itu saja, bahkan untuk kebandar ataupun kerumah rakan-rakan sebaya. Kenderaan itulah yang membuatkan aku dapat melangkah jauh untuk melihat sendiri gaya hidup masyarakat disini.

Apa yang aku rasakan ketika ini bukanlah sesuatu yang baru. Sesuatu yang pernah aku rasai ketika dulu. Mungkin hari ini aku dapat perasaan yang sama seperti dulu. Atau adakah ini semua hanyalah mainan perasaan? Soalan yang selalu aku beri jawapan tidak kerana jawapan itulah yang dapat membuatkan aku lupa pada seseorang yang pernah aku cuba untuk dekati. Semuanya bermula disitu.

Puas aku turun naik tangga pasaraya berkenaan namun kelibatnya masih tidak kelihatan. Hanya beberapa orang gadis yang berlainan rupa tapi memegang watak yang sama berdiri tak ketawa tak pula menangis disitu. Watak tambahan yang hanya memeningkan kepala aku. Lupakan saja mereka yang tidak berkenaan. Hari semakin petang, aku masih disini memerhatikan keadaan yang perlu aku beri perhatian. Keadaan seperti inilah yang menyusahkan aku. Apa yang aku cari tidak pula kelihatan. Aku perlu terus ke tingkat paling bawah memerhatikan pula apa yang aku cari disana. Yes..!! Itulah yang aku cari selama ini. Gadis berkaca mata yang duduk memerhatikan pelanggan yang sedang terkial-kial membawa barang ke kaunter pembayaran. Aku tersenyum gembira. Aku teruskan langkahku seperti biasa meninggalkan gadis tersebut yang sibuk mengira wang yang tidak akan terus kepoketnya. Puas hati aku hari ini. Apa yang aku cari muncul dalam keadaan yang cukup sempurna.

Aku disini lagi keesokan harinya tapi kali ini bersama dengan seorang rakan sekelasku. Puas aku pujuk dia supaya turun kebandar hari ini. Akhirnya pujukan ku berjaya mendengarkan ganjaran ais krim yang bakal diterimanya nanti. Aku tidak kisah dengan semua itu. Apa yang aku mahu hanyalah nombor peribadi gadis tersebut. Betul. Hanya rakan sekelasku ini sahaja yang boleh diharapkan. Dialah satu-satunya harapan aku untuk mendapatkan nombor telefon gadis tersebut. Rancangan diatur secara berkesan dan terus dimulakan. Ucap salam diterima lantas dihulur sekeping nota bernombor diatasnya.

Aku gelisah menanti berita yang bakal aku tonton tanpa kotak bodoh yang diberi nama televisyen. Kegelisahan yang menyelubungi hati ini tidak lagi diselubungi misteri apabila melihat senyuman yang aku rasa adalah senyuman kegembiraan dari rakan sekelas aku dan ditangannya ada sekeping nota.

RM2.20 melayang terbang diganti dengan secawan ais krim vanila bersudu plastik. Ini habuan kepada rakan sekelasku yang sanggup bergadai nyawa demi rakan-rakannya. Maka dihulurnya nota tersebut. Aku tenung tulisan-tulisan komputer diatasnya. Namun semua itu tidak menarik perhatian aku kecuali nombor yang ditulis tangan dengan pen yang bukan berdakwat basah berwarna biru yang membuatkan hati aku melonjak kegembiraan.



Burger


Aku duduk memerhatikan rakan karibku sedang serius menenyeh seketul daging yang dicampurkan sedikit perasa tambahan, digoreng dengan minyak dan dimakan dengan dua keping roti diatas dan dibawahnya berserta sayur-sayuran hijau didalamnya. Aku bingkas bangun setelah puas memerhatikan bahan berkolesterol tersebut. Aku melangkah masuk kekedai telefon untuk menambah nilai telefon bimbitku. Cukuplah dengan RM5.00 ini. Malam ini aku akan jalankan rancangan yang seterusnya. Tanganku pantas mendail no yang tercatat diatas nota dengan berhati-hati. Rasa teruja mendengarkan caller ringtone terbaru masa kini berputar dicorong telefon bimbit yang sering duduk didalam poket seluar menanti masa bergetar mengejutkan aku. Aku cancel panggilan tersebut.

Aku lupakan perlakuan aku sebentar tadi. Aku kembali duduk memerhatikan longkang yang tidak akan penuh dengan air kerana sudah dipenuhi dengan sampah-sarap golongan manusia. Kemana perginya sikap pembersih dalam diri mereka yang suka membuang sampah didalam longkang? Amarah aku terhenti tatkala poket seluarku bergetar. Aku seluk kedalam menarik keluar kotak mainan budak-budak zaman sekarang.1 missed call. No yang aku dail sebentar tadi memberi respon dengan menelefon aku semula. Hati aku berdetak.

I feel like you fooling me..

-3nd-

Labels: